Monday, October 20, 2014

Me time 2

Manage to bake again! Yeay.haha
I love bake since at my school time. But sebab kebizian. Yeah..bz. puiii. Hehe
Takde masa nak bake. So here it is :)

CHOCOLATE CUPCAKE KUKUS


Bahan A
1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun )
1 cawan gula castor/ brown sugar
1 cawan susu cair
1 cawan butter (dipanaskan dahulu)/ minyak
1/2 cawan susu pekat

Bahan B 
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan C 
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)

Cara buat:
1. Ayak semua Bahan B dan ketepikan seketika.
2. Masukkan semua bahan A kedalam periuk, dan kacau hingga sebati dengan menggunakan api yang kecil dan sejukkan.
3. Pecahkan telur kedalam mangkuk besar dan pukul hingga kembang. Tuang bahan A tadi bersama esen vanilla kedalam telur tadi sambil di kacau hingga sebati.
4. Masukkan tepung yang di ayak bersama baking powder dan soda bikarbonat (Bahan B) dan kacau lagi hingga sebati selama 5 minit.
5. Tuang adunan dalam cupcake separuh je. nanti takleh curah coklat topping kalau die naik sangat nanti
6. Since buat pakai cupcakes kukus 10-15 minit je (pastikan air steamer telah mendidih terlebih dahulu). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa.

BAHAN UNTUK TOPPING (ganache) 

Bahan-bahan
300 gm coklat masakan - dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter

Cara:

1. Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler.

2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair. Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lagi hingga cair.

3. Curahkan ganache atas kek yang masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek & hias

4. Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais. Boleh juga dinikmati ketika suam-suam panas.

*Credit to Fiza's cooking. I adjust buat dalam cupcake je :)
   


 

No comments: