Thursday, November 27, 2014

Ittarakimas :-)

Lama pulak tak post pasal makan. Haha.
Tapi kali ni datang mood nak share makanan japanese plak.

Kali ni kita lunch kat clubhouse Tropicana Golf sebab dekat dengan office.

Tak banyak ambik picture sebab bos dah malu-malu ayam semua sibuk amek pix. Kikiki.Tapi tetap sporting offer mak pinjam iphone 6 + die. Kagum ngan pix die. Cantik. Clear.

What i had? Sizzling seafood bento.
Rasa? Okay la. Seafood all fresh. But serve with nasi goreng?? Lost all my japanese style :p
Price, RM65++ for a meal

Kalau kat japanese restaurant kita order hot tea je (RM4) tak cara la minum blended.mihmihmih

Kenyang sampai ke malam & i managed to skip my dinner. Bagus. Diet? Bring it on. Puii

Now dapat AM yang kaki makan (kaki ye bukan kuat makan), satu kepala. Kami memang suka try makanan baru. Like masuk mall ni, emm..kita makan tempat yang tak pernah makan nak? Jawapan dua-dua ok tu yang best. Tak memilih & skrg dah diturunkan ilmu pada Iman. Mamat tu bape bulan mak die dh sumbat sushi (not a raw one of coz!),  spagethi, pizza, korean food. Alhamdulillah tak memilih :)

Nanti la kerajinan nak post makan datang, mak share ye. ♡

Wednesday, November 26, 2014

Kalau ada ilmu..

Kalau ada ilmu agama yang cukup, bab-bab nafkah anak di Malaysia @ di mana-mana tak perlu dibahaskan!

Ilmu dan undang-undang Allah swt tu dah cantik dah. Nak bertekak di dunia takde masalah, akhirat nanti perhitungan yang lebih mustahak.

Moga kita semua tak digolongkan dalam golongan yang memperlekehkan undang-undang Islam dan hanya menyokong undang-undang manusia.

Begitu juga pasal kes gender bebaru ni. Hmmmm..sedih

Just for quick info (untuk artikel ini):
SEMUA/ SEGALA keperluan anak merangkumi MAKAN, PAKAI, TEMPAT TINGGAL ETC di bahu BAPA!

Monday, November 17, 2014

Toy 2

Sekarang stage Iman dah pandai pilih toys dia sendiri. Ada masa dia nak bawa bola gi rumah baby sit, ada masa dia nak bawak giraffe. Ikut mood dia la tu. Kalau bangun pagi dan ceria,*( ceria=bangun tido x nanges, boleh panggil ma..ma..sambil sengih and sempat bekfast with mommy)  okay la senang sikit. Boleh mommy suruh je iman jalan sendiri. Kalau tak, memang memikul seguni beras la mommy pepagi. Tapi boleh kira la anak bujang tu jalan sendiri :p

Dan ada masa bila nak gi rumah nenek, tiba-tiba mood dia datang nak bawak kete. Ah sudah. Ni besar nak. Leceh. Mommy try dukung. Tak berjaya sebab taknak lepaskan stereng -___-"
Sudahnya. Fine. Kita bawak!
Dia taknak bagi mommy pegang. Dia nak drive sendiri. Fine lagi. Dari keluar rumah, turun lift, die dengan gagah drive kereta dia sendiri. Orang nak masuk lift pun gelak tengok peel dia. Sampai nak masuk kereta pun, nangis taknak naik. Hello, don't tell me you gonna ride your car to nenek's house?? Tahun bila nak sampai?!

Eeee..sabar je la mak jemah

Tuesday, November 4, 2014

#WOMENARESTRONG




 Video: credit Youtube



Even though mommy give birth thru c-sec. tapi i'm not those women yang berani tengok video Caesarean. Tapi bila ada yang post pasal video ni and kawan beriya suruh tengok..even tertutup-tutup mata sambil jeling sesikit gagahkan jua tonton video ni sampai abis. Scary gak tengok doctor belah perut and godek-godek nak bagi keluar anak. Yes, mommy half body bius. Memang tak rasa, siap berborak dengan doktor, a few nurse & a few praktikal student. Eh, nape macam ramai je dalam operation room ni..haha..sampai dorang kata, takpe, you tidur je. settle nanti kami kejut. haha..dah macam wake me up when September end je bunyinya ;p Memang tak tido la kan. Istighfar bebanyak & harap semua smooth. Sampai masa blackout pun (this is the funny part. Memang HUKM wat lawak -___-") mommy sedar & boleh terjerit. Nasib baik masa tu Iman dah keluar. Tinggal session nak jahit je.

Ya
Allah, betapa besar kuasa mu ya Allah. Allahuakbar! So, kalau iman nenoti, mommy show je video ni bagi Iman tengok.hahaha. Well, of coz, at the same time, reminds me of my mom too :)


~layan tengok sambil dengar lagu oh mama..hadoiyaai  T__T





Really? Hewhewhew