Pages

Friday, November 15, 2013

Tazkirah di Sabtu pagi

Ceramah ustaz bagi hari ni:

Penzina lelaki adalah untuk penzina wanita
Kalau penzina berkahwin dengan orang yang baik. Jodohnya tak lama. Itu janji Allah.
Allah Maha Adil. Bersama muhasabah diri dan bersama perbaiki diri. Hidup di dunia ni sementara. Sementara ada masa, kita belajar dan berubah lah bukan hanya untuk mendapat jodoh dan anak-anak yang baik, tetapi untuk bekalan Akhirat.

Ada 2 kisah:


1. Seorang lelaki amerika yang gangster dan selalu buat maksiat badannya penuh tattoos masuk masjid. Berjumpa imam dan menyatakan hasrat masuk islam. Selepas mengucap, waktu solat pun masuk. Dan imam mengajak die bersama-sama menunaikan solat. 'Saya tak tahu' kata lelaki amerika. 'Takpe, ikut sahaja' semasa sujud, lelaki amerika tadi tak bangun-bangun. Rupanya die dah meninggal. Alhamdulillah die mendapat penghujung yang baik Walaupun semasa hayat penuh dengan maksiat.


2. Kisah seorang ulama yang sentiasa beribadat pada Allah tetapi penghujungnya dia diuji dan mati dalam keadaan yang mengaibkan. Ok. Kisah ni boleh google sendiri ye. Sedih pulak aku nak taip


So sama-sama kita berdoa minta penghujung yang baik. Dan kalau ada yang fikir, nak jadi macam kisah no 1 tu. Buat maksiat dulu,  kemudian baru bertaubat. Fikir balik. Allah nak ambil nyawa kita ni anytime. Dia tak cakap nak cabut minggu depan @ 10 minit lagi.
Thanks ustaz. Refresh motivation untuk kita semua. Amin



No comments: