Credit to : http://pukullima.blogspot.com/2010/04/kalau-suamiku-curang_13.html
KALAU SUAMIKU CURANG
Pada suatu hari yang membosankan, saya terdengar...
"Isshhh... teruknya berita ni! Tengok ni, suami curang apabila isteri sarat mengandung."
"Kesian pada bininya, kan. Kalau terjadi pada saya, entahlah.."
"Kalau saya, jangan harap saya layan lagi. Susah-susah kita mengandungkan anak dia, dia pula menggatal dengan betina lain. Jantan tak guna!"
"Eh, Ita, tak boleh tu! Berdosa nanti, tau!"
"Dosa apa pula, Kak Nah? Kalau suami yang buat salah dulu, curang pada isteri, takkan isteri kena terus layan makan minum dan segalanya pula? Kalau dia tak hargai isteri, buat apa isteri pula kena terus berbuat baik? Kalau saya, saya tak layan dah!"
"Kalau suami curang pada isteri, suami berdosa pada Allah. Antara dia dengan Allah, bukan dengan isteri. Walau apa pun, kita perlu teruskan tanggungjawab kita padanya selagi kita masih
berstatus isterinya."
"Biar betul kak... walaupun dia curang? Walaupun dia berzina dengan pompuan lain? Senyap-senyap kahwin lain?"
"Curang, zina, maksiat.. itu antara dia dengan Allah. Yang berdosa dia. Dia yang kena tanggung sendiri dosanya, tak ada kaitan dengan hubungan kita. Kalau kita sebagai isteri tak jalankan tanggungjawab sebagai isteri sedangkan dia masih suami kita, tidak berlaku perceraian, kita pula yang berdosa."
"Jadi... kalau kita merajuk tak layan.. lari balik kampung tu.. berdosakah?"
"Memang la berdosa, walaupun ketika itu kita rasa ditipu suami. Biasanya kalau suami isteri bergaduh, isteri akan lari balik kampung, merajuk di rumah orang tuanya, bukan? Dalam hati berkata,'Biar dia rasa tanpa aku di sampingnya. Kalau dia tak datang pujuk, aku tak nak balik rumah!' Tapi dari hukum Islam, berdosa seorang isteri meninggalkan rumah tanpa kebenaran suaminya, kecuali nyawanya dalam bahaya."
"Kalau macam tu, tak adillah! Suami bebas melakukan apa saja, sedangkan isteri perlu patuh dan taat padanya, walaupun dia menyakitkan hati isteri."
"Hak dan tanggungjawab suami serta isteri sudah pun ada dalam ajaran Islam. Islam ada garis panduan tetang cara hidup berumahtangga. Ikut sajalah. Bila berlaku krisis dalam rumahtangga, kena ingat balik sebab apa kita berkahwin. Kerana cinta, kerana harta atau kerana mahu keberkatan Allah?"
Hmmmm...
Kalau suami saya curang, nak buat apa ehh?
Cuba lihat apa yang disebutkan dalam Islam.
1. Taat dan kasih kepada Allah dan Rasul
Ramai yang ketika mahu menikah atau mencari calon suami/isteri akan berkata, nak yang beriman. Kalau seseorang mahu pasangan yang beriman, dia perlulah menjadi seorang yang beriman dahulu. Dia sendiri perlulah menjadi seorang yang taat dan kasih kepada Allah swt dan Rasulullah, melebihi segalanya. InsyaAllah orang yang taat dan kasih pada Allah swt tidak akan melakukan sesuatu yang melanggar syariat Islam; kalau buat pun, akan segera bertaubat dan kembali ke jalan yang lurus.
Itu termasuk para isteri; keperluan bersabar dan melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri kepada suaminya dan ibu kepada anak-anaknya, selagi tidak bercanggah dengan hukum Islam dan membahayakan nyawanya sendiri, kerana tugas dan tanggungjawab itu masih dituntut sehingga sah bukan lagi berstatus isteri [melalui perceraian atau kematian suami/isteri].
2. Takut pada Allah
Beringat-ingat ketika rumahtangga dilanda ribut. Ketika iman diuji, emosi bergoncang dan marah meluap-luap, beringatlah pada Allah dan nasihat Rasulullah.Jangan dilayan nafsu amarah sehingga terlupa akan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Jangan suara isteri itu lebih kuat daripada suara suami ketika berbicara.Jangan berdendam kesumat dengan suami kerana kesalahannya sehingga mengaibkan suami di hadapan ahli keluarganya dan orang lain.Kemarahan itu adalah bara api dari neraka dan pada ketika itu, kita lalai dengan suruhan Allah, maka syaitan dapat mengalahkan kita. Mahukah kita menjadi sahabat syaitan?Orang yang takut pada Allah tidak akan melakukan perkara yang akan mengundang kemurkaanNya.

3. Berserah kepada Allah
Jodoh di tangan Allah. Dia yang menentukan siapa pasangan hidup kita, dan Dia yang juga boleh memisahkan kita dari suami/isteri kita.
Ujian dalam rumahtangga sesuatu yang lumrah, kerana Allah akan sentiasa menguji pasangan yang berkahwin. Allah akan uji lebih-lebih lagi jikalau kita terlalu menggantung kebahagiaan kita pada suami/isteri dan kurangnya pada Allah swt. Syaitan pula akan sentiasa berusaha memisahkan pasangan suami-isteri, kerana kejatuhan sesebuah rumahtangga adalah kemenangan bagi syaitan yang berjaya menghasut.
Kalau masih boleh hidup bersama, banyakkan berdoa dan memohon bantuanNya untuk membina rumahtangga sakinah.
Klaau diri sudah tidak mampu bertahan dan meneruskan hidup sebagai isterinya, berpisahlah dengan cara yang baik, dan percayalah bahawa rahmat dan kasih sayang Allah tetap ada, mungkin akan digantiNya dengan yang lebih baik.
4. Ingat Allah Maha Adil.
Di dunia moden ini, ada yang berpendapat,'Kalau suami curang, isteri pun boleh curang. Baru adil.'
Ingat hukum Allah. Jangan guna logik akal saja.
Suami berzina, dia berdosa pada Allah.
Isteri berzina, dia berdosa pada Allah dan juga nusyuz pada suaminya.
Mata kasar melihat, betapa untungnya para suami, kerana apa jua tindakan, isteri dalam rela tak rela, redha tak redha, kena menerima baik buruk tingkah mereka. Kadang-kadang terfikir apakah malangnya nasib sang isteri. terpaksa memerap rasa, memendam luka.
Tetapi, suami 'dikurnia' tanggungjawab yang besar. Dosa diri, isteri dan anak-anak. Jadi, untungkah para suami?? Banyak tu, belum lagi dosa sebagai anak lelaki. Sesungguhnya Allah Maha Besar, Allah Maha Adil.
Dosa suami yang berlaku curang adalah antara mereka dengan Allah. Dosa isteri adalah pada suami dan Allah. Adilkah??
INI HUKUM ALLAH. ulang suara INI HUKUM ALLAH
siapalah kita untuk menentang? Apa yang sang isteri boleh lakukan, hanyalah mohon doa dikuatkan hati, mohon pada Allah supaya sang suami berubah ke arah kebaikan. Yang boleh membimbing keluarga ke arah yang diredhai Allah. Sesungguhnya mereka sepatutnya mengimami sesebuah keluarga. Buruk baik sesebuah keluarga, kita lihat pada ketuanya.
Tapi tanggungjawab sang isteri tidak harus diperlekehkan. Harus membantu apa yang boleh diperbetuli. Menegur dengan cara berhemah. Selebihnya, berdoa, berserah dan tawakal demi kemaslahatan keluarganya. Semoga suami dapat menerima teguran dan bersama-sama memperbaiki diri dalam menjaga rumahtangga.
Untuk ingatan bersama, terutama pada para isteri yang terluka dengan pembohongan sang suami, cuba lakukan apa yang agama Islam kita ajar seperti di atas. Semoga hati kita kuat dan tenang dalam mencari keredhaan Ilahi. Para suami, jangan jadikan hukum Allah ini kebebasan untuk anda mengikat isteri. Ingat, mereka juga manusia yang punyai harga diri dan perasaan.
ISLAM.ITU.INDAH